Online Student Registration Form - Pusat Tuisyen Seri Amal

1. KELAS & MASA TUISYEN

1.1 Kelas tuisyen akan diadakan selama empat minggu setiap bulan.
Tempoh masa bagi setiap kelas adalah satu jam tiga puluh minit (1.5jam). Sila Rujuk Jadual Waktu masing-masing dan Kalendar Cuti PTSA.
1.2 Kelas yang jatuh pada hari cuti umum, tidak akan diganti.

2. KELAKUAN DAN TATATERTIB 

Peraturan kelakuan dan tatatertib pelajar di PTSA dipaparkan di setiap pintu masuk bilik darjah.
Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan berikut sewaktu berada di PTSA. Pelajar adalah dilarang menggunakan telefon bimbit semasa di dalam kelas. Pihak PTSA berhak merampas jika didapati pelajar menggunakan telefon bimbit sewaktu sesi pembelajaran.

3. KEHADIRAN

3.1 Pelajar disarankan supaya menghadirkan diri ke setiap kelas. Jika pelajar tidak dapat menghadirkan diri ke kelas pada masa tertentu, kelas ganti tidak akan disediakan. Sukatan pelajaran tidak akan diulang sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas tersebut.
3.2 Pelajar tidak dibenarkan menghadiri kelas jika lewat 15 minit selepas waktu kelas bermula. Namun, pelajar tersebut dibenarkan masuk ke kelas dengan sebab munasabah atau diiringi oleh ibu bapa /penjaga . (panggilan telefon dari penjaga )
3.3 Ibu bapa boleh melihat status kehadiran pelajar di www.seriamal.com

4. BUKU KERJA/LATIHAN DAN KERJA RUMAH

4.1 Pelajar harus menyediakan buku latihan yang sesuai untuk setiap mata pelajaran. Nota bulanan (modul) bagi pelajar tahun 1 hingga tingkatan 3 akan disediakan oleh PTSA manakala bagi tingkatan 4 & 5 nota akan diberikan oleh tutor.
4.2 Pelajar harus melengkapkan kerja rumah dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh tutor.

5. KELENGKAPAN PEMBELAJARAN

Kelengkapan asas seperti alat tulis harus dibawa bersama ketika mengikuti pelajaran di PTSA. Peminjaman alat tulis daripada rakan-rakan sekelas adalah tidak digalakkan.
*Pelajar tahun 1 & 2 diwajibkan membawa set pensel warna ke kelas.
*Alat-alat permainan dan benda-benda tajam seperti pisau dan gunting tidak dibenarkan di PTSA.

6. PAKAIAN

Pakaian haruslah sentiasa kemas dan selesa. Pakaian yang tidak sesuai untuk suasana pembelajaran tidak dibenarkan seperti seluar pendek.

7. ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON

Ibu bapa diminta mengemaskini alamat dan nombor telefon jika terdapat sebarang perubahan untuk memudahkan pihak PTSA menghubungi bagi tujuan kecemasan atau komunikasi.

8. YURAN BULANAN

8.1 Yuran tuisyen harus dibayar pada minggu pertama sebelum 8hb setiap bulan sebelum pelajar memulakan kelas pada bulan tersebut. Peringatan bayaran yuran akan dibuat melalui telefon dan surat oleh pihak PTSA bagi setiap bayaran tertunggak.
8.2 Pelajar harus menyimpan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran dan untuk mendapatkan nota bulanan percuma untuk bulan seterusnya .
8.3 Dalam situasi di mana pelajar tidak hadir ke kelas di atas masalah peribadi atau masalah kesihatan, pemotongan yuran tidak akan dibuat.
8.4 Penjaga/ Ibu bapa perlu mengisi Borang Berhenti Tuisyen jika pelajar ingin berhenti tuisyen atau cuti sementara (1 bulan).
8.5 Bagi pelajar yang tidak hadir ke kelas tuisyen untuk satu bulan sepenuhnya , bayaran tidak akan diambil.
8.6 Pihak PTSA berhak memberhentikan pelajar jika yuran tidak diselesaikan selepas tiga(3) kali peringatan atau lewat bayaran untuk 2 bulan.
8.7 Pelajar/Penjaga yang gagal /enggan menyelesaikan baki yuran yang tertunggak akan dikenakan tindakan undang-undang.

9. PENGANGKUTAN

9.1 Pengangkutan disediakan oleh PTSA jika diperlukan dan tidak termasuk dalam yuran tuisyen.
9.2 Yuran pengangkutan harus dibayar bersama yuran tuisyen.
9.3 Pelajar digalakkan bersiap sedia sejam sebelum bermulanya kelas.
9.4 Sekiranya pengangkutan lewat dalam masa 15 minit (zon dekat) dan 30 minit (zon jauh) sebelum waktu kelas bermula, sila hubungi pihak PTSA (pejabat).

10. KEMUDAHAN

10.1 Pihak PTSA menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti tandas, bilik sembahyang , makmal komputer dan perpustakaan.
10.2 Pelajar tidak dibenarkan masuk atau menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut tanpa kebenaran pihak PTSA . Pelajar harus bertanggungjawab ke atas segala kerosakan atau kehilangan harta benda PTSA jika didapati menggunakannya atau menyalahgunakan harta benda PTSA.
10.3 Jika pelajar tertangkap ketika menconteng atau merosakkan harta benda PTSA, denda sebanyak RM500 atau kos ganti rugi barang tersebut akan dikenakan.

11. KESELAMATAN

11.1 Pihak tuisyen akan bekerjasama dengan ibu bapa untuk menjaga keselamatan pelajar semasa berada di pusat tuisyen. Namun, pihak tuisyen tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan yang berlaku di sebabkan oleh kecuaian pelajar itu sendiri.
11.2 PTSA tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku jika pelajar itu berada di luar pengawasan bangunan PTSA semasa waktu rehat.

12. PEPERIKSAAN DAN KAUNSELING

12.1 PTSA akan mengadakan Ujian Penilaian Prestasi bagi pelajar UPSR, PT3 dan SPM. Bagi pelajar darjah 4, 5, Tingkatan 1 dan 2, Ujian Kemajuan akan diadakan setiap 2 kali setahun. Keputusan ujian boleh di dapati di www.seriamal.com
12.2 Ibu bapa yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling dari tutor mengenai prestasi pembelajaran anak, boleh membuat temujanji melalui telefon. Pihak PTSA akan mengaturkan hari dan masa tertentu untuk sesi kaunseling tersebut.

13. SEBARANG MAKLUMAT TERKINI, SILA LAWATI

Facebook : Pusat Tuisyen Seri Amal (https://www.facebook.com/pusatuisyenseriamal)
Page : Pusat Tuisyen SERI AMAL (https://www.facebook.com/seriamal/)

 Saya mengakui memahami segala peraturan yang tersebut di atas dengan sepenuhnya